BORANG PENDAFTARAN ARENA CILIK SEMPENA KARNIVAL MELANGKAH BERSAMA MADANI @ PPR SERI ALAM

BORANG PENDAFTARAN ARENA CILIK SEMPENA KARNIVAL MELANGKAH BERSAMA MADANI @ PPR SERI ALAM

SEMUA PENYERTAAN DAPAT HADIAH!!





ARENA CILIK (7 - 12 TAHUN) 


Serlahkan bakat, bina keyakinan, suburkan kecintaan kepada Islam!


PERTANDINGAN AZAN

Umur: 7–12 tahun

  • Peserta hendaklah mendaftar bagi menyertai pertandingan ini.
  • Peserta hendaklah melaungkan azan secara hafazan.
  • Peserta hendaklah mengikut tertib semasa melaungkan azan.
  • Peserta akan dinilai berdasarkan kriteria:
  1. Ketepatan lafaz dan susunan azan
  2. Tajwid dan Makhraj
  3. Suara, kelantangan dan kejelasan
  4. Tarannum / lagu dan kawalan suara
  5. Kelancaran dan ketepatan bacaan
  6. Adab, disiplin dan keyakinan diri
  • Peserta hendaklah berpakaian sopan dan menutup aurat.
  • Keputusan panel hakim adalah muktamad




PERTANDINGAN HAFAZAN – KATEGORI A & B

KATEGORI A : 7 - 9 tahun

KATEGORI B : 10 - 12 tahun

  • Penyertaan terbuka kepada kanak-kanak lelaki dan wanita mengikut kategori yang ditetapkan.
  • Setiap peserta hanya dibenarkan menyertai satu kategori sahaja.
  • Peserta kategori A (7-9 tahun) hendaklah menghafaz surah An-Nas hingga surah Ad-Dhuha.
  • Peserta kategori B (10-12 tahun) hendaklah menghafaz surah Al-Layl hingga surah Abasa.
  • Peserta akan diberikan soalan hafazan secara undian berdasarkan surah yang ditetapkan.
  • Peserta akan dinilai berdasarkan kriteria:
  1. Ketepatan hafazan
  2. Tajwid dan makhraj
  3. Kelancaran bacaan
  4. Fasahah dan suara taranum
  5. Adab serta keyakinan peserta
  • Peserta hendaklah berpakaian sopan dan menutup aurat
  • Keputusan panel hakim adalah muktamad.

ISLAMIC FUN QUIZ

Umur: 7–12 tahun

Belajar tentang Islam sambil bermain!

Kuiz interaktif dan menyeronokkan merangkumi asas Islam, sirah Nabi, ibadah, akhlak serta aplikasi Islam dalam kehidupan seharian.

Tidak perlu takut salah.. yang penting berani mencuba, belajar dan berseronok!


PERTANDINGAN BERCERITA – KATEGORI A & B

KATEGORI A : 7 - 9 tahun

KATEGORI B : 10 - 12 tahun

  • Pertandingan terbuka kepada peserta kanak-kanak lelaki dan wanita mengikut kategori yang ditetapkan.
  • Peserta Kategori A hendaklah memilih satu kisah Nabi dengan menceritakan dengan gaya sendiri dan berkongsi pengajaran yang boleh diamalkan dalam realiti kehidupan semasa hari ini. Contohnya; Apakah yang kita boleh belajar daripada kisah Nabi Yusuf apabila berdepan rasa cemburu, ejekan atau layanan buruk daripada orang lain.
  • Peserta kategori B hendaklah memilih satu kisah Nabi dengan menghuraikan pengajarannya dan mengaitkan dengan cabaran atau isu semasa yang dekat dengan kehidupan kanak-kanak hari ini. Contohnya; perbuatan buli, pengaruh rakan sebaya, penggunaan media sosial, menjaga adab, berkata benar, menghormati ibubapa atau membantu orang lain.
  • Persembahan hendaklah disampaikan secara hafalan tanpa membaca teks atau nota.
  • Setiap peserta diberikan masa maksimum 3 minit untuk persembahan.
  • Peserta boleh menggunakan gaya penyampaian, ekspresi wajah dan pergerakan yang bersesuaian.
  • Peserta akan dinilai berdasarkan kriteria:
  1. Isi & pengajaran
  2. Penyampaian & penghayatan
  3. Bahasa & kelancaran
  4. Kreativiti & keyakinan
  5. Adab & penampilan
  • Peserta hendaklah berpakaian sopan, kemas dan menutup aurat.
  • Sebarang unsur yang tidak sesuai dengan syariat dan nilai Islam tidak dibenarkan.
  • Keputusan panel hakim adalah 

ISLAMIC FUN QUIZ 

Umur : 7 - 12 tahun

Terbuka kepada kanak-kanak berumur 7–12 tahun mengikut kategori yang ditetapkan. Peserta hendaklah berpakaian sopan dan menutup aurat serta hadir mengikut masa yang ditetapkan oleh urus setia.


Hadiah menarik menanti para pemenang dan peserta! 


Daftarkan anak anda dan beri mereka ruang untuk mencuba, menyerlah serta membina keyakinan dalam suasana yang menyeronokkan dan mendidik. Semua peserta akan bawa pulang hadiah! 


PANDUAN ISI BORANG:

  1. Isi nama penuh anak
  2. Letak nombor telefon & email ibubapa atau penjaga untuk rujukan


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti
PERTANDINGAN AZAN (7-12 tahun)
10
PERTANDINGAN BERCERITA KATEGORI A (7 - 9 tahun)
10
PERTANDINGAN BERCERITA KATEGORI B (10 - 12 tahun)
8
HAFAZAN KATEGORI A (7-9 tahun)
7
HAFAZAN KATEGORI B (10 - 12 tahun)
8
ISLAMIC FUN QUIZ
34
JUMLAH

BUTIRAN PELANGGAN

Perlu nama untuk sediakan hadiah. Semua peserta dapat hadiah